September 01, 2008 By: admin Category: Jazmeen
| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Dec | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | |||
| 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
| 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
| 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
| 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | |
Rahsia RM © 2007 All Rights Reserved. Using WordPress 2.2.2 Engine
Entries and Comments.
Prosumer 1.4 made by Nurudin Jauhari




September 6th, 2008 at 8:57 am
nak tau pelaburan bijak jazmeen.memang betul ka?
September 6th, 2008 at 11:44 pm
saya nak tahu minima msuk dlm jazmeen ni brapa mulanya.setahu saya ada sijil.ada tempoh bertenang x,lg brapa lama had tempoh bayaran setahun atau lima tahun.Payment cantik x tetap tarikh bayaran di bank mana ia terpakai.
September 7th, 2008 at 12:02 pm
min masuk rm 1000, yup ada sijil siap dgn agreement oleh lawyer dan stem hasil..
so kita akan dpt 10% dari amaun yg kita laburkan selama 24 bulan..
utk info lanjut boleh email sy : rolls_madrid@yahoo.com
September 18th, 2008 at 4:16 pm
kalo invest 1k, kiter akan dapat 100 setiap bulan selam 2 tahun…betul ker?
September 19th, 2008 at 7:47 pm
yup mmg betull…berminat? hubungi sy
September 21st, 2008 at 12:41 pm
helo,
saya berminat dgn kaedah pelaburan di Jazmeen ni. Bagaimana nak buat pelaburannya?
September 22nd, 2008 at 5:36 pm
minta profile syarikat dan cara mana utk menambah pelaburan di Jazmeen.
saya berniat utk melabur sekitar 10k sblm raya ni. harap ada peluang utk saya melabur serta 2 org teman sepejabat. bagaimana utk saya berhubung cawangan Johor & sekarang saya menetap di permas jaya
September 23rd, 2008 at 8:37 am
adakah cawangan di Kulim,saya berminat untuk melabur.
September 25th, 2008 at 1:14 pm
kepada yang berminat leh call saya untuk maklumat lanjut
untuk makluman smua bukan setakat pulangan bulanan sahaja yang kita dapat, malah modal permulaan kita akan di pulang balik …
berminat boleh call saya
019-2339760
September 25th, 2008 at 1:46 pm
Untuk makluman smua ada sedikit makluman untuk dikongsi mengenai program perkongsian ini….
syarat:
1) Terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan Penduduk Tetap (PR).
2) Tiada had umur.
3) Mempunyai akaun bank di Malaysia.
4) Simpanan minima RM 1000.00 dan tiada had.
Keistimewaan & Kelebihan & Keunikan :
1) Dividen 10% setiap bulan selama 24 bulan dan didebitkan terus ke dalam akaun bank anda (pada akhir bulan).
2) Tiada yuran pendaftaran, caj tambahan atau tersembunyi.
3) Setiap simpanan bijak diperakui dengan SIJIL serta SURAT PERJANJIAN yang telah dimeterai oleh Peguam Syarikat dan dimatikan setem hasil.
4) Boleh melakukan penambahan simpanan pada bila-bila masa.
5) Wang simpanan asal (principal) akan dikembalikan setelah 24 bulan.
6) Pendapatan secara berterusan walau sudah meninggal dunia (boleh diwarisi).
Potensi Simpanan Bijak :
Modal Simpanan X Dividen X 24 bln = Untung + Modal = JUMLAH PENDAPATAN!!!!
RM 1,000.00 X 10% X 24 bln = RM 2,400.00 + RM 1,000.00 = RM 3400.00
RM 10,000.00 X 10% X 24 bln = RM 24,000.00 + RM 10,000.00 = RM 34,000.00
RM 50,000.00 X 10% X 24 bln = RM 120,000.00 + RM 50,000.00 = RM 170,000.00
RM 100,000.00 X 10% X 24 bln = RM 240,000.00 + RM 100,000.00 = RM 340,000.00
RM 1,000,000.00 X 10% X 24 bln = RM 2,400,000.00 + RM 1,000,000.00 = RM 3,400,000.00
berminat boleh hubungi saya 019-2339760
October 6th, 2008 at 12:46 pm
X kira di mana anda berada, Boleh hubungi saya di 0122592759 , Hasrol
October 7th, 2008 at 5:55 pm
betul ka,kalau halal food jalan,dividen mungkin meningkat kpd 30%..
October 8th, 2008 at 8:32 pm
itu terpulang kepada co. dan tak mustahil, tapi dalam masa terdekat ni, selepas Halalmart di Hulu Langat berjaya, co. akan duplicate halalmart ni di setiap negeri dan target sebanyak 500 outlet satu Malaysia, mungkin akan di Franchise kan Halalmart ni, so tunggu dan lihat serta nikmati hasilnya.
October 9th, 2008 at 10:00 am
…sila nyatakan jenis perniagaan yg dijalankan oleh syarikat
October 9th, 2008 at 2:12 pm
Sykt ni da berjalan sejak tahun bila? ada annual report ke? ada gerenti ke kita akan dpt tiap2 bulan the return of 10% tu?
October 10th, 2008 at 12:35 pm
Tuan Admin tolong jawab yer:- 1) ade lesen amik diposit dr BNM? 2) Kalo kena ape akan jadi kepada ahli2? 3) Secure x? 4) kenapa tak buat OFFLINE jer??? 5) Agen JOHOR ada x?? time kasih.
October 11th, 2008 at 4:34 pm
Hello, saya pernah dengar pasal Jazmeen ni. Even, kawan baik saya adalah agent kepada Jazmeen. Bapa jiran rakan sekerja saya sendiri masuk RM 6000 bulan2 dan dapat RM 600 buat bayar Viva, even orang tu dah pencen, kerja guard aje kat Poli JB. Kawan kepada kawan saya sendiri ada buat loan personal bank RM 75000, dah sepuluh bulan, dah balik modal. Sekarang, tinggal makan duit untung aje. Kira kat Pasir Gudang sekarang nih tengah hot benda nih! Kalau berminat, sila hubungi atau text Razak, nombor cell : 013-7339747
October 11th, 2008 at 8:49 pm
askm
nak tanye
betul ke
jazmeen nak bg 11-12%
slps ni
n
naka tanye
lau terjadi apa2
nak rujuk ngan sapa
October 14th, 2008 at 9:27 am
ape ceriter…paper arini bgatu jazmeen dah kn serbu…ade sape2 nak bg pandangan…..ape nasib pelabor2 jazmeen….
October 14th, 2008 at 11:51 am
Apa cete nie ceo?
bagaimana nasib pelabur?
cete le skit
October 14th, 2008 at 12:01 pm
cuba komen sikit tentang serbuan oleh bnm. apa feed back bnm
October 14th, 2008 at 12:03 pm
Denga cite noradz dan settle…mcmana plak dgn jazmeen
October 14th, 2008 at 7:33 pm
BNM dah tau dah perniagaan 4 co. ni… tetapi ada la aduan dari orang ke - 3 (dgr kata orang mlm), jadi atas aduan yang diterima, oleh itu menjadi prosedur biasa oleh Bank negara untuk siasat, sama ada ada yang diadukan oleh pengadu itu ada lah betul atau tak… so tunggu dan lihat
- p/s= sekemua 4 co. ni adalah co. Melayu
October 14th, 2008 at 7:52 pm
Ini adalah petikan perbincangan orang ramai diatas apa yang berlaku:
CEO dan anak2 buah sdg bermesyuarat tadi..harap keadaan menjadi pulih dan org yang mengadu kat BNM tu mendapat hukuman setimpal di akhirat kelak..amin.
berita terkini CEO dan semua staff sedg berhempas pulas mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini..harap semua ahli banyakan bersabar dan berdoa, mengenai DVDN biasanya akan di hentikan buat sementara waktu antara 1-3 bulan untuk membolehkan BNM melengkapkan siasatan(aku cakap ni bedasarkan PENGALAMAN sebelum ini,dah kena seal juga dgn BNM-HTO)
——————————————————————————————–
nak kecoh watpe..
dari awal lagi,kalo xplain betul2 dengan downline2, tentu mereka paham risiko yang di tanggung.
aku bukan ejen, aku pelabur je.. tapi aku dapat la info sikit2. emel ni aku dah edit, sebab ini personal emel aku terima kul 8.30 pagi tadi.
“Sememangnya Pengarah Bank Negara telah datang semalam ke Jazmeen tetapi bukan dengan menyerbu seperti yg dikatakan oleh RTM tu, mereka hanya datang secara baik untuk menyiasat sebab tercetusnya isu ada dikalangan syarikat yg dinyatakan sama seperti di dalam TV,tidak membuat pembayaran selama lebih dari 4 bulan, so dia terpaksa check semua company yg melakukan aktiviti pelaburan.Untuk Jazmeen, so far, pembayaran dijalankan setiap bulan hanya cepat atau lambat sedikit disebabkan masalah teknikal.
Dia hanya menyiasat aktiviti di syarikat Jazmeen(M) Sdn. Bhd untuk bahagian pelaburan, manakala untuk anak-anak sykarikat Jazmeen yg lainnya operasi diteruskan sebab kita bukan hanya beroperasi atas satu syarikat tetapi kita ada banyak bisnes. Sebenarnya Pengarah Bank Negara tu pun pelik kenapa berita RTM tu boleh jadi macam tu.
Jangan lupa dengan majlis sambutan hari raya dan pelancaran PIOR pada 25 Oktober 2008 di Auditorium Risda nanti.
Sama-samalah kita mendoakan kejayaan Jazmeen (M) Sdn Bhd untuk pembangunan ummah secara keseluruhan.
Sekian, harap maklum.”
——————————————-
Maaf le…jangan terjah aku. Aku cop & paste dr rumah sebelah:-
berita terkini yg sahih
1)insya allah kalau x de apa ape akaun BULUHMAS akan cair kan semula
2)BM telah memfail kn 4 saman keatas BNM kerana serbuan tanpa waran
3)1 saman juga telah di failkan keatas org yg melaporkn kegiatan BM (berunsur Fitnah)
4)8 org peguam secara sukarela akan membantu BULUHMAS untuk mengatasi masaalah ini
5)kehadiran BNM ke BULUHMAS kerana ada laporan dari seorang **** dr mlm yg mmg x puashati(mkin d/line lari join BM kut)
6)buat masa ini Collection di bekukan sementara waktu mengikut prosedur BNM
7) pada org2 johor boleh la hadir pada perasmian yg akan dirasmikan oleh Menteri besar Johor tpt krg pasti tp tarikh nye 19hb di jemput hadir brramai2
8)sambutan rumah terbuka di kedah akn berjalan seperti biasa
sebarang info terkini boleh la merujuk ke web syarikat dlm masa terdekat
bila makin besar organisasi,
makin besar risiko …..
tp harap2 akan dtg, rangkaian mcm ni ada lesen….
baru suma senang ati…..
nak tuduh higher management songlap,
walopon menda ni still on, dorang sudah untung byk…
kita bagi duit kat depa,
depa labur,
untung share2 lah….
aku tolong ko
ko tolong aku….
mmg aku suspect ada kaum dengki…..
sbb kaum lain nama ‘persatuan’ tu hny nama shj ke??
sengal la…..bila rangkaian malay da besar dan kuat ada yg nak kacau..
~~~~~~ segala luahan berdasarkan anggapan management clean~~~~~~~~
————————————–
aduh2 dlu satu persatu yg aku join kna serbu…tp yg ni skali serbu 3 yg kna…dah lama aku ikuti thread ni…last2 timbul yakin bila jiran aku yg jd agen asyik senyum je…aku baru nk dpt
1st paymnt hujung bln ni…aku harap2 pengurusan jazmeen dpt handle perkara ni ngan baik….sama2lah kita mendoakan agar tuhan memudahkan jalan bg pihak pengurusan menyelesaikan masalah ini…amin
——————–
ini lah akibat terlalu suka ON-LINE, sorang buat hal satu MALAYA merana termasuklah AKU..sekarang ni sang Buaya Naga Malaysia sedang seronak mengira duit hasil kutipan hari ini, maka lepas ini banyaklah projek2 baru akan dibangunkan dan dapatlah hantar sorang dua lagi ANGKASAWAN dan mcm2 lgi..
——————————
noradz–
aku tak join benda ni tapi kebetulan masa aku pi repair pc customer tadi, rupa2nya brader tu salah sorang leader kat melaka, dia tunjuk bukti dari noradz ni, dia baru je keluarkan duit rm58K++ untuk bayaran ahli dah resit bayaran yg dia join benda ni suami isteri RM6.6k sorang
so nampak macam bayaran dibuat seperti biasa. nanti korang tanay le leader masing2, yg aku jumpa ni kebetulan je salah sorang leader kat melaka dan dia baru balik dari meeting ngan bos kat KL tadi
gud luck u all
————————-
si*l btol. sumer bank negara nak kacau. paling si*l yg pendengki2 ni la.. suke btul jatuhkn org. yg jakun2 pun satu hal. baru 3 4 bln dpt duit dh nk kecoh satu malaya kononyer dh selamat dh berjaya ..
————————
Kpd semua ahli, jgn la kelam-kelibut… Tau la taruk duit ribu2, yg ratus ribu pn ada… Masa masuk dulu ada fikir x risiko? Ada fikir x kemungkinan2 mcm ni akan timbul? Aku sendiri dh labur over RM… eeiii… malas aku nk cakap… Aku tahu byk mata yg memandang… Nnti kata aku berlagak la, riak la, hapa la… Cool bro and sis semua…
————————-
BM
Aku tetap dgn pendirian aku… Klu duit tu tuhan dh tetapkn rezeki utk aku, payment aku ttp akan berjln seperti biasa walaupn yg menyerangnnya tu IMF sekali pn…
Cuma aku kesal… Sbb semuanya business org kita… Even aku x join BM skali pn, aku ttp kesal klu BM ditutup… Sbb itulah peluang utk org kita…
————————-
Ni yg kecoh2 ni ada yg payment dh tersangkut ke? Belum, kn? Tunggu aje la 4-5 hari lg… Tgk rezeki Allah, siapa yg punya… Aku x percaya mna2 info dr sesiapa pn… Action speak louder than words… Klu payment OK, kita bersyukur… Klu x OK, kita kira cara lain… Belum tiba masanya kita nk menggelabah x tentu hala…
———————–
Sama-samalah kita berdoa semoga semuanya selamat. Insya-Allah.
October 14th, 2008 at 7:58 pm
ni lah akibat perbincangan panas sebelum ini, dan benda2 ini x sepatutnya di cerita secara online..inilah terjadi, mungkin yang membaca sejuta orang, dalam sejuta tu, klu 1% yg hati busuk …faham-faham je lah..
yang jelasnya disini adalah bnm bukan serbu, tetapi datang ke pejabat 4 co. ni secara baik atas aduan orang ke tiga….so mungkin rasa puas hati bagi orang itu…
apa-apa pun mari berdoa semoga semuanya berjalan lancar
October 14th, 2008 at 7:59 pm
saya berminat, ada cawangan di petaling jaya?
October 14th, 2008 at 8:31 pm
t.kasih sham atas kepercayaan yang tinggi, walaubagaimanapun sekarang bukan masa yang sesuai kerana keadaan semakin ‘panas’. Apa-apa pun kita tunggu sahaja ….
October 14th, 2008 at 9:04 pm
BM..
yg aku dengar la..punce sumeni krana BM..opis die pun bertrabur..pekerja yg kendalikan edit maklumat pelabur ni cm org2 kampung n bdk2 lepasan spmje..payment lak lambat tu yg org bengang..so xhairanla klu org g report kat bnm..tp kerana BM la sume terkene lumpur..klu la payment BM atau lain2 yg wat camni up to date aku rase xjadi masalah..
October 14th, 2008 at 9:54 pm
sesiapa ada pendapat boleh komen
October 15th, 2008 at 12:32 am
harap2 jazmeen orait jerk
October 15th, 2008 at 7:38 am
moga-moga jazmeen terselamat….
October 15th, 2008 at 2:14 pm
maaf mencelah sikit dalam ruangan ni,aku takde nak kata ape cuma aku berkawan dengan sorang member yang bekerja bawah sc,dia kata semalam semua akan sangkut dan takkan di benarkan beroperasi lagi,cuma yang perlu di harapkan BNM berlembut hati nak pulangkan modal pelabur..dia tunjuk kat aku surat aduan dan jawapan dari BNM bentuk kesalahan yang di lakukan syarikat,aku tengok mcm ringan tapi tak taulah undang2 dunia..Cerita nak kena block ni dari bulan 6 dia dah kasi tau tapi aku ingat dia main2,pasal aku pun join 2 syarikat yang kena block..apepun kesimpulannya kita baik sangka pada tuhan..
October 15th, 2008 at 4:20 pm
sumer company melayu kene block jerk.. ape kes.. company cine senang lenang jer.. xde sape berani nak sound.. payah la melayu nak maju mcm ni..
October 15th, 2008 at 4:45 pm
MEMANG SEKARANG KERAJAAN NAK JATUHKAN ORG MELAYU, DIORANG TAKUT PADA BANGSA ASING, MEMANG DARI DULU LAGI CAMTU, LEBIH BAIK LE KITA JADIK BANGSA ASING DARI JADIK ORG MELAYU, IBARAT MEREMPAT DIBUMI SENDIRI.
October 15th, 2008 at 5:38 pm
Mami dah jenuh dah berdoa, beaq la depa kena bala Allah. Kalau macam nie punya dok ada mana ada co melayu nak maju. Dari dulu sampai la nie dok kena serebu saja. Kalau kerajaan kita nie prihatin, inilah caranya nak tolong orang melayu. Co cina belambak buat cara macam nie tapi sekoqpun tak kena tangkap. Kita masuk sebagai “share holder” (Jazmeen) dan “promoter” (BM) bukannya kita nie “penyamun tarbus”. Wahai BNM yang budiman, “Tolonglah” orang melayu……. Pulangkan balik duit kami.. Jgan dok keja nak “block” saja.
October 15th, 2008 at 8:13 pm
Kenapa BNM xnk beri permit kpd Syarikat2 melayu yg pandai menjana Income org2 melayu yg berpendapatan rendah ni?? Syarikat2 ini lah yg betol2 boleh membayar kepada kita d banding pada yg lain2…Kalo diorg x bayar baru la tangkap…
October 16th, 2008 at 4:58 am
Akum semua!!!
biasalah,kita melabur ada untung dan rugi.yang penting masuk awal.saya masuk awal dah dpt untung.melabur kena pikir risiko.skrg.saya dah lari ke mpglobal2u.biz.buat duit kat sana dan ada product.modal kecil je rm363,klu ranap pun tak sampai tertiarap.
October 16th, 2008 at 5:06 am
sambungan, tapi aku respek kat toke BM KERANA MUKA DIA ADA KAT WEBSITE.klu dia nak menipu tentu tak tunjukkan muka.bisnes dia nampak cantik dan boleh pegi jauh.tapi kena blok dgn bnm .ini yg aku muskil.
October 17th, 2008 at 7:37 am
ape cite terkini penyiasatan bnm…bglerr komen ckit
October 17th, 2008 at 12:24 pm
Aku dengar syarikat buluh mas je yang sangkut.Kat dada akhbar pun asyik duk bagitau cerita pasal Buluh Mas je. Jazmeen takde pulak. Harap Jazmeen dapat beroperasi macam biasalah. Bila lagi kita orang Melayu nak pegang ekonomi negara ni. Kerajaan pun patut tolongla sesama kita ni. Semua ini demin kepentingan ekonomi negara kita jugak..
October 17th, 2008 at 5:51 pm
hei kekawan, tlg buat kenyataan yang benar2 shahih saja. jgn dok cakap pasai co nie dan tu yang salah. Sama2 kita doa semua 4 co tu semua dibebaskan dan dibenarkan beroperasi semula. Agar semua orang Melayu berjaya dalam bisness dan dapat pegang ekonomi Malaysia. Harap2 kerajaan kita prihatin dalam soal nie….
October 18th, 2008 at 1:46 pm
admin, tlg respon dan berikan perkembangan terkini jazmeen.. pelabur semua nak tahu… selain web nie ada lagi ka web lain yang boleh pelabur mendapatkan maklumat terkini?
October 18th, 2008 at 9:18 pm
yelaa admin..jenuh tunggu..aritu ada gak tanya wakil jazmeen kat perak ni..katanya toksah dgr kabar angin..tunggu je hasil siasatan..ramai yg ckp kalau dah kena raid dgn bnm, harapan nak teruskan operasi syarikat ni makin malap…baru nak tgk anak melayu berjaya dah ada yang dengki…tapi dah alang2 ada kat sini nak gak tanya..profit 10% yang fix tu bukan ke salah disisi agama..saper2 yg pandai bab nie tlg le explain
October 18th, 2008 at 9:39 pm
admin, jawab la. Kami xnak jawapan biasa, dlm siasatan. At least jelaskan semua perkara agar kami x risau. Hopefully kami boleh dpt dividen dari jazmeen.
October 19th, 2008 at 1:49 am
Salam..aktiviti perniagaan Jazmeen berjalan seperti biasa, malah dalam masa terdekat akan ada Majlis pelancaran Komik PIOR dan majlis sambutan Aidilfitri / Open House..di dewan Risda
October 19th, 2008 at 1:50 pm
Admin, mami tau la, BNM hanya freeze akaun Jazmeen. Apa yang kami nak tauu ialah adakah jazmeen nie boleh beroperasi semula dan perkembangan siasatan BNM, samada Jazmeen bersalah ataupun sebaliknya… Lega la kami kalau semua OK. Soal tahan 3 bulan kalau dah prosedur BNM kita patuh saja la… Janji semua dapat berjalan seperti biasa lepas 3 bulan.. itu saja bang oiii…….
October 19th, 2008 at 2:24 pm
betoiii…setuju sgt ngan mamitanjung…tulung le bgtau
October 19th, 2008 at 2:32 pm
uikks..lg satu..kita ni bukannya pelabur la mamitanjung, kita nie ibarat sleeping partner kat syarikat tu..pada admin..susah sama2 susah..senang sama2 senang…jgn la time happy2 je ader cerita terkini…time2 cenggini kami laaaaagi nak berita terkini…
October 20th, 2008 at 9:47 am
betul tu setuju….at least bagitau perkembangan penyiasatan. Takkan takde progress langsung. Mcm mana noradz boleh lepas and jazmeen kena siasat lagi. Ada masalah ke? Dulu sebelum saya masuk saya pernah bertanya soalan ini pada CEO, tapi CEO kata takde ape-ape masalah, malah ada salah seorang daripada org besar Jazmeen bagi supportive statement lagi mengatakan BNM pun menggalakkan kite masuk Jazmeen ni. Please let us know the actual problem….sebab saya baru masuk and of course diveden pertama yang dijanjikan saya takkan dapat. Please admin hilangkan kebimbangan kami ni.
October 22nd, 2008 at 10:43 am
weiii…jazmeen ada tak memiliki lesen menerima deposit daripada bnm. Kalau tak deeer patutlah kene serbu
October 22nd, 2008 at 10:44 am
weiii…jazmeen ada tak memiliki lesen menerima deposit daripada bnm. Kalau tak deeer patutlah kene serbu…
October 23rd, 2008 at 10:54 am
salam,
sabarle biar pihak bnm buat siasatan dulu, kan sabar tu separuh dari iman, insyaallah allah tak kan biarkan org2 islam teraniaya, doa org2 islam yg teraniaya makbul,
October 23rd, 2008 at 6:25 pm
Mami ada la tanya pasai semua nie kat agen jazmeen, dia kata lepas 25hb nie baru ada berita terkini…. Dia kata nak pi ke kl… nak tanya admin kat majlis perasmian halalmart tu nanti…. Kalau ada progress, mami bagi tau hampa semua no…. Sabaq sat sampai sabtu nie… Boleh kot…
October 24th, 2008 at 3:04 pm
hmm..harap..ada berita baik utk kita semua
October 24th, 2008 at 5:32 pm
mudah-mudahan jazmeen beroperasi spt sediakala…baru lee bangsa melayu boleh maju…
October 25th, 2008 at 12:02 am
Thanks mami, sayapun akan pergi esok. Dekat bangunan RISDA kan. Apa-apahal saya akan maklumkan pada kawan-kawan semua. Doa je la yang baik2. Amin.
October 25th, 2008 at 6:49 pm
Welcome u layar putih, mami minta ayar putih tlg masuk seberapa banyak info terkini mengenai Jazmeen. Good News and Bad News sekali… Mudah2an co Orang Melayu semuanya ok dan dapat jalankan bisness dan terus maju…….
October 26th, 2008 at 12:21 am
ada info sket mengenai jazmeen ni…esok semua ejen akan berjumpa dgn ceo..mudah-mudahan ada berita baik..marilah kita semua berdoa semoga jazmeen terus beropersi seperti sediakala…amin..
October 26th, 2008 at 2:31 pm
any latest info pasal jaz tak? message yg aku anta kat ejen aku..harammmm berbalas…penat menunggu
October 28th, 2008 at 8:16 am
assalamualaikum,
so camna cerita dan berita terbaru, kawan2 nak tau gak, semoga syarikat islam kian berkembang,
October 28th, 2008 at 5:09 pm
kalau jazmeen disabitkan bersalah..ejen aku kata alamat modal memang tak pulang balik laaa…tension aku..ari tu masa nak masuk, bila tanya, kata tak de apa2…semua ok…bila jadi camni, aku anta sms kat ejen kat kawasan aku..nak balas pun lambat sangat2..kekadang tak balas langsung…ya Allah minta semua berakhir dengan berita gembira
October 29th, 2008 at 4:43 pm
assalamualaikum..
aiseh..smlm ader gak kol org Jazmeen..kite tanya lain dok cbuk citer benda lain..nampak cam tak berani nak jawab pasal ning..jawapan konkrit tadak…ramai kengkawan nok dengar citer..pasalnya masa ejen dia promote..semua beres..BNM TAK KACAU..MALAH DIGALAKKAN..end of the day..Raya belum abis lg dah kena serbu..hampeh tull laa..Semoga semuanya dilindungi Allah SWT..
October 31st, 2008 at 11:07 am
salam sume..
aku dah join Noradz 6 bln dah..alhamdulillah..payment ok je..masuk mcm biasa..walaupun diorng kata kena serbu BNM…msk kali ni dah 4 kali BNM serbu Noradz sbnrnya..biasa la melayu..suka dengki sama2 sendr…4 kali serbu sbb lain2 group BNM..huhuh..korang pnh dengar Spangko x? i2 syarikat cina..wat bisnes mcm Noradz jgk..lg lama dr Noradz..tp x kena kacau/serbu lak dgn BNM??hairan kan?huhhuu….
November 1st, 2008 at 2:21 am
kay bagi kawan-kawan yang nak tau info, minggu lepas saya gi majlis hara raya kat risda n ceo dia dah buat kenyataan,setakat hari ini memang syarikat jazmeen akan disiasat selama sekurang-kurangnya 3 bulan. Payment memang tak dapat di bayar buat masa 3 bulan ni,but after 3 months nanti mereka akan bayar 30% berperingkat la. Kesian jugak kat diaorang, hopefully kite sama-sama bagi support kat diaorang. Akaun Syarikat n Akaun Persendirian semua kena beku termasuk akaun anak diorang.Buat majlis haritupun dgn batuan rakan-rakan. Duit bukan takda cuma tak leh nak keluar. Kalau nak keluar sikit-sikit tu untuk keperluaan syarikat kena tulis surat. But still malam tu diaorang buat pelancaran komik PORU kalau tak silap saya la. CEO pun kata ada pengkhianat dalam Jazmeen ni. Menurut agen saya, dia x boleh nak cukup how strong the situation rite now, tapi dia bagitau saya 95% kite insyaallah akan lepas. Cuma prosedur kena beku adalah 3 bulan. Syarikat Jazmeen tak lepas macam noradz sebab dia tak ada bisnes,tapi anak-anak syarikat berjalan macam biasa. Latest news, Jazmeen akan apply jadi koperasi, sebelum nipun diaorang dah apply tapi biasalah sistem penyampaian tak bagus dia terpaksa redo all the procedure. Once dah jadi kooperasi takda masalah apa dah. So guyz dont wori, kite berdoa sahaja okay. Apa yang saya sampaikan ni adalah 1 st hand n saya sendiri dengar apa yang CEO tu bekata ketika majlis hari raya tu yang membuatkan saya lega. Kawan2 doa banyak2. Take care semua
November 2nd, 2008 at 3:26 pm
akum bro sume…xgune gak we all nk tuduh sape2 lam ni. bnm memang xadil..syarikat melayu je diorg serbu..tp kite xde power nk hantam kat bnm,jd biar lah die wat keje die..smoga syikat melayu pupus
November 3rd, 2008 at 8:32 am
assalamualaikum,
aku rasa bnm tak segamak itu untuk mengkhianati org2 melayu dan org2 islam, bila lagi org2 islam nak maju, org islam kena hilangkan sifat dengki dan khianat sesama islam, bersangka baik sesama islam, ikut contoh rasulullah berniaga.
November 3rd, 2008 at 7:56 pm
kita tunggu je laa dlm 3 months nie…berdoa byk2 agar segalanye tak hangus dan hangit..hati kat dalam memang risau ya amat..tapi kita berserah pada Yang Maha Kuasa..Dia penentu segala…
November 5th, 2008 at 9:40 pm
so, mcm mana modal yang dah diberi? kalau jd apa2 dpt modal blk x?
November 6th, 2008 at 6:00 pm
cmane kalo jazmeen dah jd koperasi still kena kaco nan BNM, tgk cntoh eastana dah joint venture ngan koperasi tp kena siasat gak.
tp hrap krajaan xbusuk ati la nk aniaya rakyat kan especially melayu
November 8th, 2008 at 10:39 pm
harap jgn cerita lg pasal JZ ni kat web atau blog mcm ni lg..belajarlah dari pengalaman lalu..wassalam.
November 24th, 2008 at 9:07 am
sabar separuh dari iman, kerja tergopoh gapah ni kan dari syaitan
December 2nd, 2008 at 12:27 pm
YE LA, DIORANG AMBIL DEPOSIT DARI ORG RAMAI, TAPI MEMBAYAR BALIK KEPADA PENDEPOSIT2, BUKANNYA AMBIL TAK BAYAR, SIAPA YG TAK NAK MASUK TAK YAHLE MASUK, BUKAN DIPAKSA, AKU PUN HERAN, DIORANG AMBIL DEPSIT PASTU DUIT TU DIBAYAR BALIK, BUKAN TAK BAYAR,
December 3rd, 2008 at 2:13 pm
Tunggu je…staff Jazmeen ckp tunggu keputusan bulan 1 ni..jadi x perlu ckp yang bukan2 dan ckp kosong..sabar…
to karpetlaut & laburduit66 jgn menuduh saya nak lari.., kenapa pulak saya nak lari? . Call je saya.. lagipun 2-2 org ni saya x pernah kenal dan x pernah pun melabur pun dgn saya..kenapa pulak nak lari?
December 4th, 2008 at 9:19 am
karpetlaut dah kena jual dek Bengali Karpet
dah gulung karpet gamaknya kot hahaha
Bang admin, kes JZ ader ker same dgn kes diatas?
maknanya kena hadap ke court gak ker?
December 4th, 2008 at 11:15 pm
Belum tau…so far pihak Jazmeen pun x boleh bg tau apa2 berita..so kita tunggu next month
December 10th, 2008 at 4:23 pm
sebenarnya diorang bayar lebih tu dianggap sebagai sedekah kepada ahli2. dan ahli2 tak tetapkan pun kadar yg perlu dibayar oleh syarikat kepada ahli, riba ialah suatu pinjaman yg menekan kepada ahli kerana perlu membayar lebih, sedangkan ini syarikat bayar kepada ahli, dan lebihan yg dibayar adalah dianggap sebagai sedekah,adakah ini salah, kalau syarikat memberi sedekah pada ahlinya, kita bekerja untuk syarikat dan syarikat beri upah pada kita, macam kita kerja, kita dibayar gaji bila bekerja untuk syarikat, begitula seumpamanya
December 11th, 2008 at 12:40 pm
betul tu bang Mamat..masa bila plak Jazmeen melibatkan RIBA dlm business dier..??..kalu takat nak cerita RIBA..tak yah JAZMEEN laa..blambak bank2 kat luar tu selamba jer meRIBAkan customer dier..yg bangang siap guna nama ‘perbankan islam’ pulak..aper kehal bila beli rumah RM150k kena bayar sampai lebih dr 300K..atas nama perbankan islam..aper daa buat main2 nama ISLAM
Betul Disisi undang negara
Salah Disisi Ugama Islam
btol tak ROLEX..??
December 11th, 2008 at 11:56 pm
setahu saya, ada 3 source of fund kalu co.nk dpt duit utk tujuan pelaburan. ketiga2 source tu pun b’gantung pd pulangan yg co.tu sanggup bg byr blik. pendek kata, bgntung pd objective pelaburan.
1st, samada nk pinjm bank (short/long-term loan) dimana interest dikenakan kpd co.tu; kalu besar loan dia, bsar la intrest dia, lama term dia, bnyk jugklah interestnya. ( interest tetp&xberubah; kalu co.tgh rugi pun, tetp kena byr). so, kalu co.tu nk pkai kurang dr RM5mill, bank loan mungkin cara terbaik utk nk dpt duit.
utk ini, bank sbg pelabur bg co.tu dan pulangan pelabur dlm bentuk interest shj.
2nd, samada nk kelurkan saham (utk co.”bhd” shj dan keluarkan hanya kalu dpt kelulusan s.c) dimana dividend dikenakan kpd co.utk byr kpd peminjm a.k.a investor. lazimnya, mahal share tu, lebih kukuh co.tu & co.tu mungkin xharap kan org bli saham dia sbb modal da mantp,kalu org nk bli pun dia xkisah sbb dia sanggup byr dividend. harga saham bgntung pd co.performance&news. setiap investment mesti ada risiko(untung/rugi), sama mcm buat bisnes. dividend pulak, hanya bgntung pd co.performance&bukn pada news; dividend xtetap&xberubah. kalu co.tu tgh untung, bsar la dividend, tp kalu rugi, xde la dividendnya.
utk ini, pelabur biasanya adalah individu. pulangan pd pelabur ada 2, samada nk untung dr perubahan harga saham atau nk mkn dividend tahunan.
3rd, bond. biasanya, kalu co.tu nk guna lbih dr RM5mill, rating co.akan advice co.tu supaya kluarkan bond utk investment co.tu. sbbnya, interest yg co.tu perlu byr lbih menarik dikenakan berbanding nk pinjm kt bank. sudah tentu interest lbih rendah. pelabur biasanya bukn individu tp organisasi bsar. bond mahal beb.
info.yg sy kasi tau ni bnyk lg keterangan nya, tp ni cuma secara am.
soalannya:-
kalu co.jazmeen nk org melabur kt co.dia, bermakna co.ni tgh nk guna duit utk investment nya. samada nk bsarkan syarikt, p’bykkan product line & etc. seme bisnes nk untung&xnk rugi.
so, co.ni kena fikir pndekatan yg terbaik utk co.ni guna utk nk dpt duit. kalu saya owner jazmeen sdn.bhd, saya akan pilih pendekatan utk m’byr blik dana/pinjaman yg paling sikit kpd pelabur. cth interest yg paling rendah dikenakan terhadap saya (owner jazmeen).
katakan interest 10% & 1 org pelabur,
* RM1000 x 10% = RM100 (interest 1bulan)
* RM100 * 12 = RM1200 (interst 1 tahun)
So, RM1000(capital) + RM1200 (interest)
= RM2200 utk 1 tahun jazmeen confirm kena ada utk byar.
kalau ada 100 000 ribu pelabur yg melabur RM1000,
* 100 000 x RM1000 = RM100 000 000
* RM100 000 000 x 10% = RM10 000 000 (interest 1bulan)
* RM10 000 000 x 12 = 120 000 000 (1 tahun)
So, RM100 000 000 + RM120 000 000
= RM220 000 000 utk 1 tahun jazmeen confirm kena ada utk byr.
kalu duit sebnyk RM220 000 000 setahun dia kena byr kt pelabur, bayangkan la untung dia bnyk mana??? confirm lebih besar n berlipat kali ganda.
bayangkan la lbih dr 1 tahun & lbih 100 000 pelabur dia ada, brape bnyk plak dia kena confirm ada??? profit gile babi co.ni…
product apa dia jual??
R&D lpas ke?? Product life cycle (PLC) dia mcm mana plak?? xkan growth stage je??
kalu in terms of services pun mesti ada PLC jugk.
apa kata dia xpinjm dgn individu, tp dgn bank. SUDAH TENTU BANK NK INTEREST 10%-20% 1 bulan?? SEDANGKAN 4%-5% 1TAHUN PUN BANK NK, APATAH 1BULAN??
kalu btul, financial institution (commercial bank, investment bank, & whateve bank) la co.pertama akan tutup, sbb customer bank seme lari kt jazmeen..
cadangan:-
bg indivudu yg gaji RM8000 1bulan, senang2 bank ble approve. lpas tu, buat loan bank RM100 000.
interest: RM100 000 x 10% = RM10 000 1 bulan
* interest shj, melebihi gaji.
sekiranya benar, pasti ada jwapan & penjelasan bg p’soalan ini.
December 17th, 2008 at 4:45 pm
Koperasi pun kena serbu dek BNM..camne ning..???..Koperasi Jazmeen pong belum start lg..hati2 laa pelabur semer
Tiga koperasi digantung kerana jalankan skim cepat kaya
17/12/2008 3:33pm
PUTRAJAYA 17 Dis. — Tiga buah koperasi, dua daripadanya berpangkalan di Kuala Lumpur dan satu lagi di Kelantan, diserbu semalam kerana dikenal pasti menjalankan aktiviti pelaburan bercirikan skim cepat kaya.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, koperasi tersebut adalah Koperasi Taqwa Malaysia Berhad (Kotaqwa), Koperasi Usahawan Malaysia Berhad (KUMB) dan Koperasi Birr Berhad (Birr).
Dalam serbuan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bersama-sama Bank Negara Malaysia (BNM) itu, katanya didapati jumlah pelaburan bagi ketiga-tiga koperasi itu dianggarkan bernilai RM80 juta dengan kira-kira 5,000 keanggotaan.
“Koperasi-koperasi ini telah menjalankan skim pelaburan yang dikenali dengan Skim Simpanan Khas Al-Mudharabah dan Skim Usahawan Ternakan yang menawarkan pulangan lumayan antara lapan peratus hingga 12 peratus sebulan.
“Mereka juga menggunakan pelbagai cara untuk memperdayakan pelabur menyertai skim ini, termasuklah mendakwa melaksanakan projek-projek seperti pembekalan alat ganti kapal, ternakan lembu, penanaman rumpai laut, penangkapan ikan laut dalam dan pembekalan barangan pengguna,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis penyempurnaan kerjasama antara MECD dengan Kementerian Pengajian Tinggi, di sini hari ini.
Noh berkata, tindakan koperasi mengutip pelaburan bercirikan skim cepat kaya adalah satu kesalahan di bawah Akta Koperasi 1993, justeru ketiga-tiga koperasi tersebut digantung daripada sebarang aktiviti manakala akaunnya dibekukan untuk siasatan lanjut.
“Jika ada kes maka mereka akan didakwa di mahkamah,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai berwaspada dan berhati-hati sekiranya terdapat mana-mana koperasi yang menawarkan skim pelaburan dengan pulangan tetap yang tinggi dan tidak munasabah.
Orang awam yang mempunyai keraguan dinasihatkan supaya menghubungi SKM di talian 03-2093 5098 sambungan 5805/5828 untuk mendapatkan penjelasan lanjut, katanya. - Bernama
December 26th, 2008 at 7:12 pm
admin…4 hb januari genap 3 bulan dari tarikh jazmeen diserbu…..so hopefully on that day or the day after u’ll ready jawapan nasib jazmeen…hopefully bukan jawapan tunggu 3 bulan lagi…really hoping takde ape akan berlaku
December 26th, 2008 at 7:16 pm
ooppps sorry tertinggal nombor 1 bukan 4 tapi 14….sorry again
December 28th, 2008 at 1:01 pm
harap hubungi co. sendiri utk dpt kan maklumat tepat dan jelas dan bukan dari ejen-ejen