Rahsia RM

One Stop Centre For Financial Tips..
Subscribe

Archive for the ‘Unit Trust’

Public Mutual sold about RM1 billion of its first China Islamic fund

December 28, 2007 By: admin Category: Unit Trust No Comments →

Public Bank’s wholly-owned subsidiary, Public Mutual announced that about RM1 billion worth of units of its recently launched Public China Ittikal Fund (PCIF) were sold during its offer period which ended on 10 December 2007. PCIF was launched on 20 November 2007.

Chief Executive Officer Yeoh Kim Hong said the demand for PCIF has been overwhelming and the company has increased the fund size of PCIF to 5 billion units to cater to the robust demand of this fund. “The fund received good response as this is the first China Islamic fund in the country that offers investors the opportunity to ride on the solid growth prospects of the Greater China region,” she explained.

She continues to say that the Greater China region which encompasses China, Hong Kong and Taiwan presents significant growth opportunities. The Chinese economy is projected to grow steadily at 11.2% for 2007 and 10.6% for 2008, supported by resilient domestic consumption, investment and exports. “China has emerged as a major growth engine for this region apart from the U.S with real Gross Domestic Product (GDP) growth sustained at a robust pace averaging 9.2% annually. Driven by strong domestic demand and robust tourist arrivals, Hong Kong’s GDP growth is set to expand at above 5% for 2007/2008. Meanwhile, GDP growth for Taiwan is projected at above 4% for 2007/2008 amidst resilient investment spending and global demand for electronic products,” she added.

PCIF is an Islamic equity fund that seeks to achieve capital growth over the medium- to long-term period by investing in a portfolio of Shariah-compliant investments in the Greater China region and the balance in the domestic market. The fund will invest a minimum of 70% of its net asset value (NAV) in the Greater China region namely in China, Hong Kong and Taiwan stocks.

She added that PCIF is suitable for aggressive investors who can withstand extended periods of market highs and lows to achieve medium- to long-term capital growth for their investments.

PCIF is distributed by Public Mutual’s unit trust consultants.

Public Mutual is the largest private unit trust company in Malaysia and it currently manages 54 funds for more than 1,350,000 accountholders. As at 30 November 2007, the total net asset value of the funds managed by the company was RM27.4 billion.     

Bookmark Artikel Ini..:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Public Mutual Launches Its First China Islamic Fund

December 28, 2007 By: admin Category: Unit Trust No Comments →

Public Mutual Launches Its First China Islamic Fund
 
Bookmark Artikel Ini..:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Melabur Tanpa Kerugian

November 02, 2007 By: admin Category: Unit Trust 1 Comment →

Jika anda berhasrat untuk melabur atau telahpun melabur dan anda berpendapat anda tidak mahu rugi dalam pelaburan anda, teruskan membaca artikel ini.

“Berapakah jumlah wang dan kerugian yang mampu saya tanggung?”

Ini adalah soalan yang perlu ditanya oleh setiap pelabur sebelum melabur. Mengapa? Ini adalah kerana keputusan untuk melabur membabitkan pengambilan risiko dan anda berkemungkinan kehilangan sebahagian atau kesemua wang yang anda laburkan.

Sebenarnya, produk pelaburan yang berbeza mempunyai tahap risiko yang berbeza. Hakikatnya mudah sahaja – lebih tinggi potensi ganjaran yang ditawarkan oleh sesuatu produk pelaburan, maka lebih tinggilah pula risikonya. Sebaliknya, jika risiko bagi sesuatu produk pelaburan itu rendah, maka ganjarannya juga rendah.

“Tetapi, bolehkah saya melabur tanpa mengalami sebarang kerugian? “

Jawapannya mudah – TIDAK Boleh. Ini kerana, apa pun yang anda lakukan dengan wang anda, anda tetap terdedah kepada risiko. Anda boleh menyimpan wang di bawah tilam tetapi risikonya ialah anda mungkin kehilangan wang itu jika berlalu kebakaran atau kecurian. Jika anda menyimpan wang dalam bank, kadar faedahnya mungkin tidak cukup tinggi untuk menampung kadar inflasi dan ini menyebabkan kuasa beli anda semakin berkurangan pada masa akan datang. Jika anda melaburkan wang dalam sesuatu produk pelaburan pula, anda berhadapan dengan pelbagai risiko pelaburan yang berkaitan dengan produk tersebut.

Menangani risiko pelaburan

Sebagai pelabur, anda tidak boleh menghapuskan terus risiko. Walau bagaimanapun, risiko pelaburan tidaklah seteruk mana sekiranya anda tahu menanganinya supaya risiko itu boleh membawa kebaikan kepada anda. Langkah pertama ialah menentukan berapa banyak risiko yang anda mampu hadapi. Membuat keputusan pelaburan berpandukan pelaburan yang telah dibuat oleh rakan-rakan atau saudara-mara bukanlah cara yang baik untuk menguruskan risiko. Ini kerana, setiap individu mempunyai kesediaan menghadapi tahap risiko yang berbeza. Ada yang bersedia mengalami kerugian yang lebih banyak berbanding anda. Untuk mengetahui berapa banyak risiko yang anda mampu hadapi, ikutilah petua mudah ini:

Jika anda tidur tak lena dan mandi tak basah selepas membeli sesuatu produk pelaburan maknanya pelaburan itu terlalu berisiko untuk anda.

Satu cara lagi untuk menangani risiko ialah melalui teknik “pempelbagaian” atau diversification. Ia bermaksud anda tidak seharusnya melaburkan semua wang anda dalam satu produk pelaburan sahaja. Anda perlu mempelbagaikan pilihan produk-produk pelaburan anda. Jika anda melaburkan semua wang dalam satu jenis pelaburan sahaja (contohnya saham), anda boleh kehilangan semua wang itu jika nilai saham itu jatuh. Bagi meminimumkan risiko pelaburan, sebaik-baiknya ialah dengan mempelbagaikan produk pelaburan anda iaitu dengan melaburkan duit anda dalam beberapa produk pelaburan, contohnya, dalam saham, deposit tetap, dana unit amanah atau hartanah.

Pempelbagaian bertujuan untuk mencampurkan pelaburan yang berisiko tinggi dengan pelaburan yang berisiko rendah supaya kerugian dalam sesuatu pelaburan yang tidak membawa keuntungan dapat ditampung oleh keuntungan daripada pelaburan yang lain. Katakan anda melabur dalam saham, unit amanah dan hartanah. Sekiranya pelaburan dalam saham anda mendatangkan kerugian, dengan pempelbagaian anda mungkin dapat menampung kerugian tadi dengan mengaut keuntungan daripada pelaburan unit amanah dan hartanah. Oleh itu, bukan sahaja anda dapat meminimumkan risiko pelaburan anda tetapi pada masa yang sama, anda juga dapat memaksimumkan purata pulangan daripada pelaburan tersebut.

Walau bagaimanapun, jangan pula mempelbagaikan pelaburan secara keterlaluan kerana melaburkan terlalu sedikit wang dalam sesuatu pelaburan boleh mengurangkan pulangan daripada pelaburan itu.

Menguji ketahanan anda terhadap risiko

Setiap orang mempunyai ketahanan yang berbeza terhadap risiko. Sesetengah pelabur tahan menghadapi risiko pelaburan yang tinggi, manakala sebahagian yang lain tidak mempunyai ketahanan yang sama. Ketahanan seseorang terhadap risiko mungkin berubah mengikut peringkat kehidupannya. Mereka yang bersedia mengambil risiko pelaburan yang tinggi ketika muda dan bujang, mungkin kurang bersedia menghadapi risiko yang sama setelah berusia dan mempunyai keluarga. Bagi menentukan ketahanan anda terhadap risiko, tanya diri anda sendiri beberapa soalan mudah yang berikut:

Siapakah anda?
  a)  Saya dalam pertengahan umur dan hampir bersara
  b) Saya masih muda dan perjalanan hidup saya masih jauh 
     
Berapa banyak wang simpanan yang anda ada?
  a)  Pendapatan saya hanya cuma cukup untuk membayar bil dan tinggal sedikit baki untuk disimpan
  b)  Saya mempunyai sejumlah wang yang agak banyak untuk disimpan setiap bulan 
     
Apakah komitmen kewangan yang anda ada?
  a)  Saya mempunyai senarai komitmen yang panjang 
  b)  Saya tidak mempunyai banyak komitmen 
     
Berapa lama anda boleh membiarkan sesuatu pelaburan?
  a)  Saya boleh menunggu asalkan pelaburan itu memberikan keuntungan yang baik dan berterusan 
  b)  Saya mahu mendapat keuntungan secepat mungkin 
     
Apakah yang anda harapkan apabila anda berhenti melabur?
  a)  Saya mahu sekurang-kurangnya jumlah yang sama yang telah saya laburkan 
  b)  Saya mahu keuntungan sebanyak mana yang boleh 

Jika kebanyakan jawapan anda ialah A, pelaburan yang berisiko tinggi mungkin tidak sesuai untuk anda. Anda lebih sesuai melabur dalam produk yang boleh memberikan pulangan yang munasabah dan berterusan, dan pada masa yang sama, memelihara modal asal anda.

Jika kebanyakan jawapan anda ialah B, anda mungkin boleh menghadapi pelaburan yang berisiko tinggi. Walau bagaimanapun, keupayaan menangani risiko sahaja tidak mencukupi. Anda juga perlu sentiasa meningkatkan pengetahuan mengenai pelaburan dan mengawasi pelaburan anda. Elakkan diri daripada terperangkap dalam usaha untuk mendapat keuntungan cepat tanpa mengetahui risiko yang bakal dihadapi!

Bookmark Artikel Ini..:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

UT single pricing Now!

October 11, 2007 By: admin Category: Unit Trust No Comments →

The Federation of Malaysian Unit Trust Managers (FMUTM) has hailed the new guidelines from the Securities Commission (SC) on single pricing regime (SPR) for unit trust investments comes into effect from July 1, 2007 .

In a statement, the federation described the initiative as “timely”, saying that the industry is committed to working closely with the SC to continuously enhance transparency and facilitate easy understanding on unit trust investments.

The SPR is introduced to replace the current dual pricing regime where selling price and redemption price are quoted in the newspapers and sales charges are included in the selling prices.

Under the SPR, there will be one price, which is the net asset value (NAV) per unit and sales charges are calculated on the NAV. All these will be separately disclosed in the transaction statement.

To further facilitate investors’ understanding of investment costs, the rates of sales charges offered by different distribution channels are listed in the prospectus.
As a result, investors will be able to compare the investment costs in unit trusts associated with different distribution channels and the service level provided, FMUTM said.

“Investors who require personalised services such as meeting them at odd hours of the day can select the distribution channel that offers such services,” the federation said.

FMUTM also stressed that whether it is the dual pricing regime or the SPR, the important factor is that investors must take the effort to better understand about unit trust investing and its pricing.

“Once they fully understand the mechanism, they will find that investing in unit trusts is relatively simple and inexpensive,” it added.

Keterangan   :

Jika sebelum ini jika pelabur melabur didalam unit amanah, pelabur akan membeli pada “selling price” dan menjual pelaburan mereka pada “buying price”. Perubahan yang berlaku sekarang adalah, pelaburan di unit amanah menggunakan single pricing sahaja.

Apakah perbezaannya?

Sebenarnya tiada apa yang berbeza, pelabur masih lagi akan dikenakan servis caj semasa mula-mula melabur, tetapi kaedah baru ini memboleh pelabur lebih peka  dengan jumlah caj yang dikenakan kepada mereka.

Bagaimana pengiraannya?

Jika sebelum ini, pelabur yang membeli pada “selling price” akan menunggu “buying price” melebihi “selling price untuk mendapatkan untung. tetapi dengan kaedah baru ini. cara yang paling mudah adalah.

Apabila pelabur mula melabur, anggapkan sahaja pelaburan anda bermula dengan -(servis caj)%.

Contoh: Ahmad melabur didalam Dana Tertentu sebanyak RM10,000 dengan caj yang dikenakan adalah 6.5%. Maka disini pelaburan Ahmad akan bermula pada -6.5% daripada modal asal (RM10,000) . Jika pelaburan Ahmad mencecah keuntungan sebanyak 10%, maka Ahmad akan mendapat keuntungan sebanyak RM1000 daripada modal asalnya tadi.

Bookmark Artikel Ini..:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Apakah unit amanah?

October 11, 2007 By: admin Category: Unit Trust No Comments →

Unit amanah semakin popular beberapa tahun kebelakangan ini. Ini kerana unit amanah merupakan jalan bagi pelabur kecil untuk meluaskan kepelbagaian pelaburan tanpa perlu had jumlah wang yang dilaburkan. Manfaatnya pula bukan setakat itu sahaja.

Tetapi, apakah unit amanah? Unit amanah merupakan skim pelaburan yang mengumpulkan wang daripada ramai pelabur yang berkongsi matlamat kewangan yang sama. Sebagai pertukaran kepada wang itu, dana menerbitkan unit kepada pelabur yang dikenali sebagai pemegang unit. Pemegang unit boleh menjual semula (iaitu menebus) unit mereka kepada dana, atau membeli (dan menjual) unit seterusnya pada bila-bila masa

atau
Unit Trust adalah suatu bentuk pelaburan berkumpul yang membenarkan pelaburan
yang mempunyai matlamat serupa mengumpul dana masing-masing untuk dilaburkan
dalam satu portfolio sekuriti yang diuruskan oleh para pengurus dana secara
professional .

Ejen unit amanah diperlukan jika anda ingin membuat pelaburan dalam unit amanah.

Perancang kewangan boleh membantu anda menyediakan perancangan kewangan. Manakala penasihat kewangan pula memberikan khidmat nasihat mengenai produk pelaburan seperti stok/saham.

Justeru, berhati-hatilah. Jangan tergesa-gesa mendapatkan khidmat sesiapa sahaja.

Bookmark Artikel Ini..:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Janalah Wang Anda Sekalian

October 11, 2007 By: admin Category: Unit Trust No Comments →

Pernahkah anda terfikir apa yang akan berlaku kepada sebuah kebun sayur yang terbiar? Sudah tentu kebun itu mempunyai lebih banyak pohon layu berbanding tumbuh-tumbuhan berdaun hijau dan buah-buahan segar. Perkara yang sama juga berlaku kepada pelaburan. Jika tidak diawasi, anda mungkin tidak akan melihat hasil dan pulangan yang diharapkan. Oleh itu, jika membuat kajian sebelum melabur itu penting, maka mengekalkan disiplin untuk memantau pelaburan itu juga sama pentingnya. Mengawasi pelaburan merupakan aktiviti yang perlu dilakukan bagi memastikan prestasi pelaburan anda bergerak selaras dengan perancangan kewangan dan jangkaan anda. Dengan memantau pelaburan anda, anda boleh menyesuaikan strategi anda sama ada meningkatkan pulangan atau mengurangkan kerugian. Diberikan di sini beberapa panduan mudah untuk mengawasi pelaburan anda:

1.Perhatikan Perubahan

Kita hidup dalam dunia yang berubah-ubah. Segala-galanya bergerak dan berubah dengan pantas. Oleh itu, tidak kira betapa teliti dan terperinci pun anda membuat perancangan kewangan, ia tetap akan dipengaruhi oleh perubahan. Perubahan kepada undang-undang dan peraturan, persekitaran ekonomi dalam negara dan dunia yang berubah-ubah sifatnya, (contohnya, krisis kewangan Asia pada tahun 1997), perubahan dalam pasaran modal dan perubahan dalam keuntungan syarikat boleh mempengaruhi pelaburan anda. Kesan daripada perubahan itu, pelaburan anda mungkin perlu disusun semula untuk disesuaikan dengan perancangan kewangan dan matlamat anda dengan lebih baik lagi. Pelabur yang bijak perlu proaktif kepada semua perubahan ini.

2.Nilaikan Prestasi

Anda perlu memantau dan menilai prestasi pelaburan anda secara berterusan untuk mengetahui keadaan pelaburan tersebut. Periksa selalu bagaimana saham, dana unit amanah dan pelaburan anda yang lain bergerak dibandingkan dengan perancangan yang anda buat ketika mula-mula menetapkan matlamat pelaburan anda dahulu. Jika pelaburan anda berada dalam keadaan memuaskan, anda mungkin mahu melaburkan lebih banyak wang, atau mengeluarkan sebahagian daripada keuntungan anda dan membeli produk pelaburan yang lain. Jika prestasi pelaburan itu tidak berlaku sebagaimana yang diharapkan, anda mungkin mahu menjualnya. Berapa kerap anda perlu menyemak pelaburan anda bergantung kepada saiz dan jangka masa pelaburan tersebut, dan sama ada anda memilih aset yang berisiko tinggi atau rendah.

Bookmark Artikel Ini..:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Sepuluh Tabiat Mudah Menabung

October 11, 2007 By: admin Category: Unit Trust 1 Comment →

Sepuluh Tabiat Mudah Menabung
Oleh Orang Ringgit

Apakah sukar untuk mengamalkan tabiat baik menabung? Sebenarnya tidaklah terlalu susah, malah amat mudah! Orang Ringgit kami menemu bual beberapa orang untuk mendapatkan panduan yang baik mengenai tabiat menabung dan panduan itu ingin dikongsi bersama di sini.

#1: Berhenti merokok
“Saya berhenti merokok sejak pengumuman harga baru rokok. Saya berjaya menjimatkan RM20 seminggu.”
–Mohammed, Pengawal Kredit. Umur: 28

Orang Ringgit: Usia lebih panjang dan dapat menjimatkan RM1,040 setahun!

 
#2: Bawa bekalan ke tempat kerja
“Biasanya saya bawa bekalan makan tengah hari ke tempat kerja tiga kali seminggu. Saya dapat berjimat kira-kira RM30 seminggu.”
–Soh Guat Ha, Akauntan. Umur: 36

Orang Ringgit: Bawa bekalan makan tengah hari dari rumah dan anda boleh menyimpan RM1,560 di bank tahun depan!

 
#3: Cuci kereta sendiri
“Mengapa hantar kereta untuk dicuci jika anda ada masa untuk melakukannya sendiri pada hujung minggu? Pengusaha tempat cuci kereta mengenakan bayaran RM9 sekali cuci – ini bermakna anda boleh menjimatkan RM36 sebulan dengan mencuci sendiri kereta anda. Kerja mencuci itu pun satu riadah juga dan untuk senaman yang lebih baik lagi, cubalah kilatkan sendiri kereta.”
–Khairi, Eksekutif Pembangunan Perniagaan. Umur: 26

Orang Ringgit: Mencuci dan mengilatkan sendiri kereta anda membolehkan anda menabung RM1,872 setahun yang lama kelamaan menjadi lebih banyak.

 
#4: Beriadah di rumah
“Saya telah membatalkan keahlian saya di sebuah kelab kesihatan. Saya jarang pergi ke sana untuk beriadah. Saya sudah mula bersenam di rumah. Sebagai sebahagian daripada kegiatan riadah, saya berjalan di sekitar kawasan perumahan saya selama 30 minit sehari. Jumlah yang dapat dijimatkan? RM180 sebulan.”
–Mahinder Kaur, Juruteknik IT. Umur: 25

Orang Ringgit: RM180 sebulan selama 12 bulan – akaun simpanan anda bertambah kukuh dalam masa setahun. Anda akan ada RM2,160 dalam akaun itu.

 
#5: Bayar bil kredit kad pada masanya
“Sentiasa bayar kad kredit anda pada masanya untuk mengelakkan membayar denda RM5 kerana pembayaran lewat. Kalau boleh, selesaikan baki kad kredit secepat mungkin untuk mengelakkan caj faedah yang tinggi.”
–Ahmad Kamal, Pengatur cara. Umur: 23

Orang Ringgit: Siapa cepat dia dapat. Membayar bil pada masanya dapat menjimatkan RM60 setahun

sdvs.jpg

Bookmark Artikel Ini..:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb