Rahsia RM

One Stop Centre For Financial Tips..
Subscribe

Archive for October, 2008

Takde RM900 tapi minat nak sertai…boleh kerr

October 25, 2008 By: admin Category: Ceramic No Comments →

Boleh. tiada masalah. anda boleh sertai ceramic business club tanpa perlu pun bayar RM900. ini kerana RM900 itu bukanlah wajib untuk anda bayar untuk sertai CBC. yang paling wajib adalah bayaran yuran ahli.

Yuran ahli yang dikenakan adalah RM155 untuk sekali sahaja bayar untuk keahlian seumur hidup. Walaupun ia dikatakan sebagai yuran, tetapi yuran ini sangat istimewa. ini kerana yuran ini akan memberikan anda sedikit keuntungan kepada anda secara automatik..Ya, automatik, tak dapat cari orang sertai pun masih lagi dapat keuntungan. tetapi tidaklah banyak. hanya sedikit sahaja. tetapi ia tetap bagus kerana ia bukanlah bayaran yuran yang “hangus” tetapi ia lebih pada yuran yang memberikan hasil tanpa usaha kepada anda.

Kesimpulannya, sekiranya anda masih lagi belum mempunyai wang sebanyak RM900, sertailah dahulu menjadi ahli dengan membayar RM155. setelah nanti anda berjaya kumpul RM900, barulah anda mula membeli produk RM900 dan menyertai sell back policy.

p/s: berminat menyertai CBC? ada tawaran khas untuk anda.. sila daftar disini dahulu. kemudian saya akan hubungi anda untuk menjelaskan tawaran saya berkaitan RM155 ini :)

Student Income RM86 Ribu Sebulan!

October 22, 2008 By: admin Category: Ceramic No Comments →

Sebenarnye aku jeles gile kat mamat sorang ni, masih student dan income dah macam gaji CEO 5 orang. Aku nyesal tak join awal-awal masa dia ajak geng-geng Mymode join tahun lepas….ye la time tu xde siapa buat lagi, modal pun kira besar jugak, masa tu nak amik masa nak pikir-pikir lagi..tu la asyik lu pikirlah sendiri punya pasal…huarggh!! Kalau aku join masa tu, dah tentu income at least 5 figure nyer…(manalatau)..

 Mohd Zulhilmi bin Abd Ghafar, 22 Tahun, Pelajar UTM Skudai

4dudi473428ccxq8wy59.jpg

income-80k.jpg

RM86717.50 utk September 2008  

Apalagi tunggu..jom join Ceramic Biz Club ni di www.ceramic.net.ms

 

Ceramic macam mana?

October 14, 2008 By: admin Category: Ceramic 2 Comments →

kena bukak buku PERATURAN-PERATURAN JUALAN LANGSUNG (SKIM DAN PERJALANAN) 2001, ngaji sedap baru bleh tahu keperluan AJL nie..

MLM,SLM,gaya pos, rumah ke rumah tu adalah kategori di bawah jualan langsung (iaitu produk sampai ke tangan pembeli tanpa melalui orang tengah iaitu kedai,pasaraya dsb)

kalau ikutkan skim jualan langsung yg dibenarkan, bonus yg diperolehi adalah melalui jualan yg dilakukan oleh rangkaian kumpulan, bukannya melalui penajaan. (di sini banyak bisnes yg menggunakan sistem taja atas taja means tanpa produk dan bonus hanya bergantung kepada berapa jumlah ahli baru yg sign up tanpa adanya repeat sales dah failed untuk syarat itu)

dan sell back policy adalah salah satu yg terkandung dalam akta ini. Rujuk:

Mengikut PERATURAN-PERATURAN JUALAN LANGSUNG (SKIM DAN PERJALANAN) 2001, bahagian PERJANJIAN, No.2(c) menjelaskan:

“atas permintaan peserta itu, orang yang menjalankan apa-apa perniagaan jualan langsung hendaklah membeli balik apa-apa barang yang boleh dipasarkan yang telah dijual kepada peserta itu dalam masa enam bulan yang dahulu pada suatu harga yang tidak kurang daripada sembilan puluh peratus amaun yang dibayar”

Rujukan: AKTA JUALAN LANGSUNG 1993 (AKTA 500) DAN PERATURAN-PERATURAN.requirements dh clear tu…so tak payah la nk risau pasal cbc ni…

BNM arah Buluhmas hentikan operasi selama tiga bulan

October 14, 2008 By: admin Category: Announcement 1 Comment →

14/10/2008 7:03pm

TANJONG KARANG 14 Okt. - Syarikat Buluhmas Sdn. Bhd. (Buluhmas) yang disiasat Bank Negara Malaysia (BNM) kerana didakwa mengambil deposit secara haram dan mirip kepada skim cepat kaya, diarah menghentikan sementara operasi selama tiga bulan.

Setiausaha syarikat itu, Abu Bakar Abu Hassan berkata, arahan itu berkuat kuasa semalam dan dalam tempoh itu, Buluhmas tidak lagi boleh menjelaskan bayaran upah kepada promoter dan wakil negeri, selain tidak dibenarkan menerima keahlian baru sehingga siasatan selesai. - Utusan

BNM serbu 4 syarikat

October 14, 2008 By: admin Category: Announcement 3 Comments →

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.

Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Mengikut maklumat daripada laman web, secara umumnya syarikat-syarikat tersebut menetapkan bayaran minimum RM1,000 sebagai deposit untuk pendeposit menyertai bidang perniagaan seperti pengiklanan, pelancongan dan perkhidmatan.

BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd.

Buluhmas yang beribu pejabat di Tanjung Karang, Selangor dalam laman webnya mendakwa ia memiliki 700,000 ahli sebagai pembayar deposit di seluruh negara.

Kaedah perniagaannya menggunakan promoter untuk mengiklankan aktiviti syarikat dengan menampal pelekat yang tertera logo syarikat atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pendeposit.

Sekitar pukul 9.30 malam ini, laman web Buluhmas masih boleh dilayari yang menunjukkan sejak April lalu ia telah menerima hampir 250,000 pengunjung.

Sementara itu, Jazmeen dalam laman webnya mendakwa dengan permulaan modal sebanyak RM1,000, pendeposit mampu mendapat pulangan 120 peratus dalam tempoh 12 bulan pertama dan jumlah itu terus bertambah pada tahun-tahun berikutnya.

BNM dalam kenyataannya menambah, tindakan ke atas keempat-empat syarikat itu diambil setelah Unit Penyiasatan Khas BNM menjalankan siasatan terhadap aktiviti syarikat berkenaan.

“Kesemua penganjur skim pelaburan itu akan ditahan selepas BNM merekodkan kenyataan mereka kerana disyaki mengambil deposit secara haram dan menjalankan aktiviti penggubahan wang haram,” jelas kenyataan itu.

Seorang jurucakap BNM ketika dihubungi memberitahu, jumlah sebenar ahli terlibat dan nilai deposit yang dikumpulkan oleh keempat-empat syarikat itu hanya akan diketahui apabila kes mereka dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh terdekat.

Aktiviti syarikat-syarikat itu disiasat mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang melarang mana-mana individu yang tidak mempunyai lesen daripada menerima dan mengambil deposit.

Katanya, jika sabit kesalahan pegawai dan pemilik syarikat-syarikat terlibat boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjara untuk tempoh 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Syarikat-syarikat itu juga disiasat di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) yang melarang mana-mana individu daripada terlibat atau cuba untuk membabitkan diri atau bersubahat melakukan kegiatan penggubahan wang haram.

Jika disabitkan kesalahan, mereka yang didakwa boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut kenyataan BNM, skim pelaburan yang dianjurkan oleh keempat-empat syarikat yang diserbu hari ini menyatakan kononnya ia berasaskan perdagangan mata wang, pasaran hadapan komoditi, pelaburan luar persisiran dan saham-saham lain.

Dakwaan itu, kata BNM, hanya rekaan semata-mata.

“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan skim yang ditawarkan melalui Internet, panggilan telefon atau seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan oleh BNM,’’ jelas kenyataan itu.

Orang ramai boleh mengetahui senarai syarikat dan institusi berlesen yang menerima deposit dengan melawat laman web BNM di www.bnm.gov.my.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

October 04, 2008 By: admin Category: Announcement No Comments →

Assalamualaikum / Selamat sejahtera,

Selamat Menyambut I’dulfitri kepada semua pengunjung-pengunjung laman web ini.

Mohon ampun dan maaf sekiranya berlaku kesalahan dan kesilapan. Segala yang baik datangnya dari Allah, yang kurang baik itu datangnya dari saya sendiri, makhluk yang tidak sempurna.

Sekian, sekali lagi diucapkan terima kasih yang tak terhingga.

Alhamdulillah, wassalam…